Home
Blog Mistress
Tutorial
Tutorial
Banner Exchange

Nak berjaya, kena ada DUIT!

Bismillahirrahmanirrahim
Ahlan wasahlan to my blog and assalamu'alaikum! Bertemu kita kembali di dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Suami! Lol whuuuut?

Okay itu langsung tak ada mengena dengan tajuk kita hari ini. Tiada kaitan pun. Entah mana sesat pun tak tahu. Eh Ya Allah apa aku merepek ni! Kena serious, deadly serious! Eh wait aku tengah serious lah ni kan?

Maaf, kecelaruan personaliti sebentar tadi. Hahahaha. Ok, tajuk kita pada hari ini, sila dongak ke atas, "Nak berjaya, kena ada DUIT!"

"Apa?! Nak berjaya kena ada DUIT?" *biji mata tersembul logo $$$*

Bukan. Bukan duit itu yang dimaksudkan. Kalau duit itu yang dimaksudkan, hek eleh ceq pun adaaaa :p Kfine kfine run out of topic, fehhh. Hahahaha. Baiklah, DUIT yang dimaksudkan tersebut adalah :

D : Doa
U : Usaha
I  : Ikhtiar / Istiqamah
T : Tawakkal

1. Doa

"Doa adalah senjata orang mukmin" Ya, doa. Nampak simple je tetapi sebenarnya memang simple pun, hahaha. Doa tu mestilah kena tawaddu', dengan rendah hati, bukan ala kadar tadah tangan duk sambil main smartphone, tidak. Tadah tangan elok-elok, lafazkan amin, lagi-lagi hari Jumaat, penghulu segala hari. Barakah!
"…Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku-perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadah kepada-Ku(berdoa kepada-Ku) akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." Al-Mukmin : 60
Let's say, kalau doa kita tak diperkenankan, hajat kita tidak tercapai, kita masih dapat pahala, betul? Or just THINK, maybe Allah has better plans for you in the future :-)

2. Usaha

Kalau doa, tetapi tidak usaha, macammana nak berjaya? We have to work it to earn it. Di dalam surah Ar-Ra'd, ayat 11 turut mengatakan,
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri" 
Kenyataan tersebut turut mendapat sokongan dengan wujudnya pepatah melayu iaitu "Usaha tangga kejayaan" Okay okay, tukarlah. Sekarang zaman moden, semua naik lif... kan? :P "Usaha lif kejayaan" Baiklah kalau begitu. Baiklah. Tsk. Ceh tetiba emo, hahaha.

3. Istiqamah


Istiqamah bermaksud : Melakukan ibadah secara berterusan

Belajar adalah ibadah. Mengulang kaji adalah ibadah. Pergi sekolah juga dikira sebagai ibadah sekiranya kita tetapkan niat untuk pergi sekolah untuk Allah, untuk menimba ilmu, bukan untuk menjamah roti telur mak cik kantin yang tiada tolok bandingannya, bukan juga sebab boleh cuci-cuci mata tengok crush.

4. Tawakkal
Setelah kita melalui ketiga-tiga proses tersebut (doa, usaha, istiqamah/ikhtiar) maka berakhirlah dengan tawakkal. Tawakkal bererti berserah diri kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh."Pabila kau telah berazam, maka bertawakkallah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal"

Even if you fail, remember something ; At least you gave your all, right?
P/S: Penerbitan post ini memakan masa yang sangat lama mengalahkan siput babes kerana setiap perenggan diselangi dengan aktiviti-aktiviti seperti berikut : makan aiskrim, tengok OhMakKoTerberakKeluarTaik ceh jkjk, OhMyEnglish, sesi menggaru kucing, mandi dan solat. Sekian, wabillahitaufiq wa'hidayah wassalamua'alaikum warahmatullahiwabarakatuh. Ewah! :p

8 comments:

Nara Qumaira said...

suka entry nie..dapat menaikkan semangat nara tuk belajar..!! thanks :)

Dr.Laila said...

Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! Like sampai lebam entry ni. So Creative!

nadi said...

DUIT duit DUIT !
hehe,nice ! keep your good writing . datanglah blog saya pulakkk :)

amirahyusoff said...

kalau nak berjaya kena ada duit :D

Hanani said...

Good Entry lol <3

Imanul Aisyah said...

Agreed (Y) ^_^

Sya said...

ahaha, betul. orang kata, "Dont underestimate the power of DOA" ;)

Ainaa Ramzani said...

:)