Assalamualaikum :) Pisang dan hati, have you guys read it before? Saya rasa ada yang dah baca, sebab cerpen ni saya baca daripada iluvislam.com dan Dr.Cinta Punye Belog. Credit goes to them :B Cerita dia menarik, mempunyai maksud yang mendalam and at the same time, it contains moral values. So bismillahirrahminarrahim, here it goes! :-)
Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.
Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.
Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid 'Ainaa sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.
“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu 'Ainaa. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.
Cikgu 'Ainaa mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci! Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yang makin membusuk, begitu juga hati.
P/S: Akhirnya terbebas juga daripada kekejaman kertas A4 yang mengancam nyawa ~__~ Alhamdulillah, trial was not THAT bad. :D
P/S II: Sesiapa nak tanya apa-apa, boleh la tanya dekat facebook, Ainaa Sofia. Kalau tanya dekat shoutbox, takut tak terjawab :-)