Di sebuah kampung, tinggal seorang Nenek. Nenek tinggal sendirian. Walaupun Nenek mempunyai 9 orang anak tetapi kesemua anaknya tidak mahu menjaganya. Tingallah Nenek berseorangan di rumah usang...
Nenek mempunyai sebuah kebun. Disana, Nenek menanam pelbagai jenis sayuran ! Ada Kobis, Terung, Lobak,Cili dan macam-macam lagi.
Pada suatu hari, seperti kebiasaan, Nenek pun pergi ke kebunnya untuk melihat samaada sayur-sayurannya sudah boleh dijual. Nenek pun dengan teliti memeriksa satu persatu. Sampai sahaja dikolum terung, Nenek amat terperanjat sekali apabila melihat Terung yang mempunyai saiz yang lebih besar daripada Terung yang lain dan bentuknya bulat !"Hmm..sayang kalau aku jual Terung ni..Mungkin Terung ni berguna sekiranya aku tiada duit nanti" Desis hati Nenek.
Tunggu apa lagi ? Nenek pun menolak Terung 'Bulat' dengan perlahan-lahan.
Sampai dirumah, Nenek pun menggaru kepala.
"Di mana ya aku nak letak Terung Bulat ini ?"
Sambil menggaru-garu kepala, tiba-tiba Nenek mendapat satu ide.
" Ahah ! " Kata Nenek sambil memetik jari. Nenek pun menolak Terung Bulat.
" Nasib baik aku tak letak apa-apa dibawah sinki ! " Kata Nenek. Nenek kemudiannya menepis-nepis sawang yang melekat. Nenek menolak Terung Bulat itu ke bawah singki.
" Nasib baik muat !" Kata Nenek. Nenek pun meneruskan aktiviti mencari sayur yang terbantut...
Keesokan harinya, Nenek pun meneruskan rutin hariannya iaitu untuk mencari sayur-sayuran untuk dijual. Nenek pergi sebelum ayam berkokok, kemudian pulang sebelum matahari tegak di atas kepala. Itulah rutin harian orang tua itu. Asyik makan makanan berkhasiat sahaja. Kita pula ? Ish, ish, ish...
Tepat jarum jam pendek menunjukkan angka 12, nenek pun pulang ke rumah. Nenek kelihatan keletihan. Sewaktu dalam perjalanan ke rumah yang memakan masa tidak sampai 5 minit, Nenek menangkap bau makanan. Ya, bau makanan yang baru dimasak. Nenek pun berlari anak pulang ke rumah.
Alangkah terkejutnya Nenek apabila meihat rumahnya bersih. Nenek tmengalihkan pandangannya ke meja makan. Sudu garpu tersusun rapi. Makanan pula, meliurkan ! Nenek gembira setelah sekian lama berduka.
" Wah ! Bersihnya rumah ! Sedapnya bau !" Kata Nenek sambil tersenyum." Siapalah yang baik hati tolong kemas dan masak ini ?" Soal Nenek.
Tanpa membuang masa, Nenek pun duduk . Nenek melihat semua makanan yang terhidang di atas meja. Sah lagi menyelerakan ! Nenek pun mencedok lauk ikan goreng. Nenek mengunyah perlahan-lahan sambil menikmati makanan yang lazat lagi menyelerakan.
"Umm..sedapnya !" Kata Nenek.
Nenek pun mencedok ayam dan makan dengan lahap sekali.
Rutin makanan sedap dan rumah kemas ini berlarutan selama 3 hari. Pada hari ke 4, Nenek nekad mahu mengetahui siapa yang selama 3 hari memasak dan mengemas rumahnya.
Pagi itu, Nenek berpura-pura pergi ke kebun. Walhal, Nenek bersembunyi dibelakang sambil mencuri-curi tengok menembusi celahan-celahan dinding kayu.
Nenek amat terkejut dalam masa yang sama, gembira. Gembira kerana ada juga orang yang mahu membantunya. Nenek pun 'konon-kononnya' balik daripada kebun.
" Urmm..siapalah yang masak ini..." Kata Nenek.
Nenek kemudian terdengar suara gelak. Nenek kemudian berjalan perlahan-lahan menuju ke arah singki.
" Terung Bulat, kamu bleh keluar sekarang"
" Err..Nenek tak marah ke ?" Tanya Terung Bulat.
" Buat apa Nenek nak marah ? Nenek gembira !" Kata Nenek.
Itulah Happy Ending bagi Nenek :)
" Terung Bulat, kamu pandaikan ? Kamu nak lagi pandai tak ? " Tanya Nenek.
" Nak, Nenek ! Nanti saya boleh jaga Nenek " Jawab Terung Bulat dengan tersenyum.
" Hmm..Kalau Nenek hantar Terung ke Sekolah mahu ?" Tanya Nenek
" Skular ? Apa itu ? " Tanya Terung kepada Nenek.
" Bukan Skular, Sekolah..Sekolah itu tempat untuk murid-murid jadi pandaii.." Kata Nenek yang sekaligus membantu Terung Bulat yang kebuntuan.
" Oh..begitu..Terung Mahu !" Kata Terung Bulat.
" Hmm..Kamu mula bersekolah minggu depan ya ?" Tanya Nenek.
" All right Boss ! " Seloroh Terung Bulat.
Nenek dan Terung Bulat pun bersuka ria....
Hari ini ialah hari pertama bersekolah bagi Terung Bulat. Terung Bulat kelihatan comel apabila menggayakan uniform sekolah.
" Bye Nenek ! Assalamualaikum ! " Lambai Terung Bulat.
" Bye ! Waalaikumussalam ! Jaga diri baik-baik ya !" Balas Nenek.
Terung Bulat kemudiannya berjalan menuju ke bilik darjah..Harap-harapnya Terung Bulat baik-baik sahaja.
Hari pertama di Sekolah Alam Dreaming merupakan hari yang malang bagi Terung Bulat. Terung Bulat telah diejek oleh sekumpulan lelaki dengan memanggil gelaran 'Terung Bulat' berkali-kali dan juga mentertawakannya. Pada mulanya Terung Bulat tidak begitu ambil peduli, tetapi perkara itu berlanjutan sehingga 2 minggu lamanya. Terung Bulat sudah tidak tahan dengan kerenah budak lelaki itu.
" Nek, ada orang kacau saya disekolah.." kata Terung Bulat.
Terung Bulat bukanlah seorang kaki mengadu atau pengadu domba. Tetapi perlakuan budak lelaki itu sudah melampaui batas kesabarannya. Dia harus memberitahu Nenek.
" Sabarlah ye Terung Bulat.." Kata Nenek.
" Nek, boleh tak Nenek bagi saya nama panggilan ? Saya tidak mahu dipanggil Terung Bulat..Semua orang ejek saya di sekolah.."
"Hmm..Boleh tak Nenek panggil kamu Bobo ? " Kata Nenek.
" Hmm..boleh ! Bobo suka nama tu ! " Kata Terung Bulat.
" Hmm..kamu kata ada orang kacau kamu disekolah..Betul ?" Kata Nenek perlukan kepastian.
" Betul Nek..Bobo tak tahan.."
" Kalau macam itu, mari sini.." Kata Nenek .
Terung Bulat terus pergi ke arah Nenek. Nenek kemudiannya berkata " Zam Zam Ali Kazam ! " Kemudian mennghembus oxygen (lol) pada kepala Terung Bulat.
" Bobo, kalau orang itu ejek kamu lagi..Kata 'Prett' ok ?" Kata Nenek.
" Apa akan terjadi kalau saya kata begitu Nek ?" Tanya Terung Bulat
" Kamu akan tahu Bobo " Kata Nenek sambil tersenyum simpul.
Terung pun kemudiannya kembali pada biasa. Terung yang ceria dan gembira.
Keesokan harinya, seperti biasa, Terung pergi ke Sekolah Alam Dreaming..Terung diejek dan dicaci lagi.
"Bobo, kalau orang itu ejek kamu lagi..Kata 'Prett' ok ?"
Terung Bulat teringat akan kata-kata Nenek lantas melakukan seperti yang diberitahu.
Terung pun berkata magic word itu. Tahu-tahu, murid lelaki yang mengejeknya terberak dalam seluar. Sekarang, siapa yang jadi bahan gelakan ? Terung Bulat ketawa kecil.
Setelah sekian lama tidak diganggu oleh budak lelaki, hidup Terung Bulat terasa aman. Ya, semua budak lelaki yang dulu mengejeknya sudah tidak berani mengejeknya lagi.
" Boboo ! Oh Bobo !"
" Terung !!!!! Oh Terung Bulatt !! " Kata Nenek.
Terung Bulat yang baru sahaja sampai berdekatan Neneknya serta merta berkata 'Prett' kerana sudah terbiasa..
Kotor habis baju Nenek akibat terberak..
" Terung Bulat ! " Kali ini Nenek menjerit.
" Sorry Nek :P " Kata Terung Bulat..
Itulah pengakhirn bahagian 1 Cerita Fantasi..Jumpa di episod seterusnya yaa !
Kongsi Cerita tentang Terung Bulat
Pesanan Terung Bulat buat Pembaca
Suka post ini? Tekan LIKE
Suka comment? tTekan COMMENT
Suka saya? Saya 1000 kali ganda suka awak, hehe! :D
23 comments:
best la cerita nih.. buat sendiri ke?
comel la cerita neyy :)
best lah cite ni..
laen kali wat lah lagi yee
best nye ! and comel !
buat la lagy okayy !
troskan usaha. nnt bole jd penulis terkenal ;)
haha ! comel la awak lukis,, ! serious ! :D
@faaz myrah
Hoho, kakak sedara yang reka sendiri :)
@Adyaa
Thanks :)
@Ana Zahti
Insyaallah ;)
@Ainil Moochi
Thanks :D
@Nur SyafiQaH ZulkiflY
Thanks :D
nice! buat la lgi! ;)
haha..lucu la Aina..tapi mmg bes ^^
haha!! best laa kak aina.. ngee~~
cute story! (:
hahahha..bestnyer citer nie...ebat la aina...
Hee ! Cute sesangat lah citer ne ! Aiyooh , jelous akak :)
cerita yg menarik :)
nurul sukee :)
buat lagi :D
Nak salin bolehh?
sumpah , best :))
Wee ;DD BEST gila . Buat sendiri ke cerita ni ?
I loike it very much!
wahh,cerita menarik.Boleh jadi penulis novel ^^.
cantik lukisan tu :). Aina yg buat cerita tu ke?
gembira la baca kisah nie,, nenek dan terung bulat
Post a Comment